Saturday, 13 June 2015

Amaran Buat Penyelam Haram

MERSING - Penyelam haram di Taman Laut Iskandar, Pulau Aur, di sini, berdepan dengan tindakan tegas termasuk denda RM5,000 dan peralatan menyelam dirampas pihak berkuasa berkenaan.
Pegawai Daerah Mersing, berkata pihaknya menerima maklumat kegiatan menyelam di perairan Pulau Aur yang dilakukan tanpa kebenaran pihak berkuasa termasuk Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ).
Menurutnya, pihak berkuasa tidak tergak-agak mengambil tindakan undang-undang jika ada penyelam haram yang berdegil.