MERSING - Penyelam haram di Taman Laut Iskandar, Pulau Aur, di sini, berdepan dengan tindakan tegas termasuk denda RM5,000 dan peralatan menyelam dirampas pihak berkuasa berkenaan.
Pegawai Daerah Mersing, berkata pihaknya menerima maklumat kegiatan menyelam di perairan Pulau Aur yang dilakukan tanpa kebenaran pihak berkuasa termasuk Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ).
Menurutnya, pihak berkuasa tidak tergak-agak mengambil tindakan undang-undang jika ada penyelam haram yang berdegil.
Saturday, 13 June 2015
Amaran Buat Penyelam Haram
Monday, 19 January 2015
Yang sudah tu sudah la
YANG SUDAH TU... SUDAHLAH...
Tanpa kita sedari media sosial yang ada hari ini berjaya meninggalkan kesan negatif dalam diri kita kian hari.
Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan... kalau ada barang baru, jangan tunjuk depan kawan... nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya tidak mampu... kalau makanan ada sedikit, jangan makan depan kawan nanti dia terliur... betapa indah pembentukan akhlak anak-anak ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain.
Tapi kini, tanpa kita sedari... melalui fb dan laman sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk-nunjuk atas kata-kata 'share'...
beli barang baru, upload gambar...
sebelum makan, upload gambar...
perah susu banyak-banyak, upload gambar...
dapat komisen, elaun atau gaji lebih, upload gambar cek, slip gaji, slip bank...
anak dapat result exam bagus, upload gambar buku laporan anak,
mmm..dan banyak dan banyak lagi yang tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dan lain-lain tetapi realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita tidak ambil peduli...
ada antara yang melihat gambar makanan yang kita upload mungkin dah beberapa hari tak makan,
ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..
ada yang tengok gambar buku laporan anak kita di kalangan ibu bapa yang dikurniakan anak yang lembam..
ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi..
"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana."..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana."..
Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk itu amalan yang mulia..
Yang sudah tu sudah...
Jommm, sama-sama kita berusaha ke arah itu..
Jommm, sama-sama kita berusaha ke arah itu..
Jadikan media sosial medan perkongsian ilmu..
Jadikan media sosial medan tazkirah..
Jadikan media sosial medan maklumat..
Jadikan media sosial medan yang boleh memajukan ummah..
Jadikan media sosial medan yang boleh memajukan agama, bangsa & negara tercinta..
Jadikan media sosial medan tazkirah..
Jadikan media sosial medan maklumat..
Jadikan media sosial medan yang boleh memajukan ummah..
Jadikan media sosial medan yang boleh memajukan agama, bangsa & negara tercinta..
Kerana apabila kita meninggal nanti ilmu yg kita sampaikan itulah yang bermanfaat untuk kite...bukan apa yg ada yang kita tunjuk-tunjukkan...
Semoga usaha kita yang sedikit ini Allah pandang dan diberi ganjarannya..
Subscribe to:
Comments (Atom)