Monday, 8 December 2014

10 Nasihat Prof. Dr. Harlina kepada 50s

Nasihat dari Prof Dr Harlina Shiraj

10 nasihat untuk yang dah umur 50 tahun ke atas.

Yang dah 50 tahun tu mula-mulalah berlatih.

Yang dah hampir 50 tahun boleh bersedia.

Yang lambat lagi nak ke umur 50 tahun boleh kongsi dan bantu mak ayah jika masih ada.

1. Fokus pada nak menggembirakan orang lain. Sekarang bukan masa untuk cari harta saja

2. Rancang macamana nak belanjakan duit simpanan. Anda patut gembirakan hidup anda dan ganti apa yang tak dapat buat sebelum ini, kalau mampu pergilah melancong. Jangan tinggalkan apa-apa kepada anak-anak yang boleh buatkan anak-anak bergaduh. Dengan meninggalkan sesuatu akan bawa masalah bila anda sudah tiada nanti.

3. Lakukan pada saat ini dan sekarang, bukan semalam dan esok. Hanya hari ini sahaja yang anda boleh kawal. Semalam telah pergi dan esok mungkin takkan berlaku.

4. Bergembira dengan cucu-cucu (jika ada) tapi jangan jadi "full time baby sitter". Itu bukan tanggungjawab anda untuk jaga mereka. Jangan rasa bersalah tak jaga anak sesiapa pun termasuk  cucu sendiri. Tanggungjawab anda adalah terhadap anak-anak anda. Selepas mereka dewasa dan menjadi ibubapa tugas awak telah tamat. Biarkan anak-anak anda sendiri yang jaga anak-anak mereka.

5. Terima kelemahan fizikal, sakit, dan lain-lain kesakitan fizikal. Ia adalah sebahagian daripada proses meningkatnya umur. Bersyukur dengan keupayaan kesihatan yang anda ada.

6. Kenali siapa diri anda dan apa yang anda ada sekarang. Berhenti melakukan bersungguh apa yang tiada pada anda. Jika anda tak dapat apa yang anda nak, ketahuilah itu semua dah terlambat.

7. Berbahagialah dengan pasangan anda, anak-anak, cucu-cucu dan rakan-rakan anda. Mereka yang betul-betul sayangkan anda, sayang anda seadanya. Bukan apa yang anda ada. Mereka yang sayangkan anda kerana apa yang anda ada, mereka itu tak ikhlas, hanya berpura-pura dan anda pasti tahu siapa mereka sekarang.

8. Memaafkan dan terima kemaafan. Maafkan diri sendiri dan orang lain. Lapangkan minda dan hati.

9. Berkawanlah dengan kematian. Ia kitaran semulajadi dalam kehidupan. Jangan takut akan ia. Kematian adalah permulaan hidup yg lebih baik. Jadi bersedialah, bukan untuk mati tetapi hidup untuk bertemu Yang Maha Esa (ALLAH SWT)

10. Hiduplah dengan aman bersama Yang Maha Esa. Untuk Dia lah yang anda ada setelah anda meninggalkan dunia ini.

~ PROF. DR. HARLINA SHIRAJ ~

Sunday, 7 December 2014

Akhlak Rasulullah SAW

Akhlak Nabi Muhammad SAW

(Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyed Muhammad b Alawi Al Maliki)

1. Baginda selalu diam
2. Berbicara ketika perlu
3. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat
4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara.
5. Hatinya selalu sedih (inginkan umat dlm kebaikan dan terlepas dari azab Allah swt)
6. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu'
7. Berfikir terus menerus
8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
10. Tidak pernah marah yg ada kaitan dgn urusan dunia.
11. Marah bukan kerana nafsu
12. Apabila kebenaran dipermainkan,  Baginda akan bangkit mempertahankannya
13. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka
14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata
15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas
16. Tidak pernah berteriak2 di pasar
17. Tidak pernah membalas kejahatan dgn kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada
18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain utk berjihad dijalan Allah swt
19. Apabila menghadapi 2 perkara Baginda memilih yg paling mudah selagi ia bukan dlm perkara maksiat
20. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yg membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
21. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir
22. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dgn mudah, lemah lembut & peramah.
23. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak2 , lebih2 lagi mencela org lain.
24. Tiga perkara yg dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yg tidak diperlukan.
25. Tidak pernah mencela & memaki org lain.
26. Tidak pernah mencungkil rahsia org lain.
27. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yg menjanjikan pahala.
28. Perbicaraannya memukau ke siapa pun yg mendengarnya lalu tertegun seolah2 ada burung melintas di atas kepala mereka.

APA ITU WASIAT ?

APA ITU WASIAT ?

PENGERTIAN WASIAT
Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.
DALIL WASIAT
Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma' ulama'.
Dalam Al-Quran, ALLAH berfirman:
(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat oleh simati dan sesudah dibayarkan hutangnya.
- Surah Al-Baqarah: 180

Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya.
- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis ini menyebut kalimah 'tidak sepatutnya' menunjukkan bahawa langkah persediaan perlu diambil oleh setiap seorang Muslim dengan menulis wasiatnya kerana dia tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba. Kemungkinan kelalaiannya akan mengakibatkan segala hajatnya tergendala dan tidak terlaksana.

Rasulullah s.a.w. turut besabda:
Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat.
- Hadis riwayat Ibnu Majah
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan.
- Hadis riwayat Ibnu Majah


TIGA SEBAB MENGAPA ANDA PERLU
MEMILIKI DOKUMEN WASIAT
Terdapat begitu banyak sebab mengapa anda perlu memiliki dokumen wasiat, namun terdapat tiga sebab utama yang seharusnya diberi perhatian berat khususnya bagi seseorang Muslim Mukmin.

1.    MEMPERCEPAT PROSES PENYELESAIAN PUSAKA
Apabila berlaku kematian, sebahagian besar harta-harta simati akan dibekukan. Dengan memiliki dokumen wasiat, proses untuk mendapatkan Geran Probet ( surat kuasa untuk mentadbir pusaka) oleh wasi yang telah dinamakan di dalam wasiat lebih mudah dan cepat. Lebih lengkap dokumen wasiat (seperti penyenaraian harta, hutang, harta sepencarian dsbnya) maka lebih cepat proses pentadbiran harta pusaka dapat diselesaikan.
Secara umumnya, tempoh penyelesaian pusaka dengan adanya wasiat ialah di antara 4 – 12 bulan berbanding di antara 2 – 5 tahun (atau lebih) tanpa dokumen wasiat. Lebih lama proses penyelesaian, maka selama itulah juga kesengsaraan yang akan dirasai oleh waris-waris yang kita tinggalkan.

2.    MELUNASKAN HUTANG DAN TANGGUNGAN
Pada zaman ini, boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang, ada yang banyak, ada yang sedikit. Berhutang atau meminjam untuk keperluan adalah dibenarkan dalam Islam, namun Islam turut menekankan dengan tegas mengenai tanggungjawab untuk membayar hutang, walaupun selepas kematian.
Antara peringatan yang disabdakan oleh Rasulullah saw:
Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya) .
- Hadis riwayat At-Tabrani

Malah tidak terkecuali bagi mereka yang mati syahid sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.:
Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.
- Hadis riwayat Muslim
Oleh itu, salah satu daripada keperluan dokumen wasiat ialah untuk anda menyenaraikan dengan lengkap segala jenis harta dan tanggungan hutang anda supaya dapat diuruskan dengan licin dan sempurna oleh waris-waris anda. Ini bermakna dokumen wasiat merupakan satu dokumen yang teramat penting untuk anda miliki kerana dokumen wasiat inilah yang akan menjadisumber rujukan utama mengenai harta dan tanggungan anda selepas ketiadaan anda kelak.

3.    MENYEMPURNAKAN HAK DAN HASRAT
- untuk yang tersayang (yang masih hidup selepas kematian anda)
- untuk diri anda (yang pasti akan mati!)
a)       Menyempurnakan HAK (waris yang ditinggalkan)
Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya.
b)       Menyempurnakan HASRAT (pahala berkekalan)
Di samping hak-hak yang memang telah termaktub dalam hukum, kita juga boleh menyempurnakan hasrat dan niat murni kita yang lain khususnya untuk TUJUAN KEBAJIKAN. Melalui wasiat, hasrat untuk membantu atau membela mereka yang tidak mendapat bahagian faraid dapat ditunaikan seperti waris terdinding, cucu yang kematian ayah, anak angkat, ibu bapa angkat, ahli keluarga asal muallaf yang masih tidak beragama Islam dan sebagainya (terhad 1/3 daripada pusaka bersih).
Begitu juga niat untuk menginfaqkan harta melalui amalan sedekah jariah dan berwaqaf untuk manfaat ummah dan ganjaran pahala yang berkekalan sebagaimana sabda Rasulullah saw:
Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa  mendoakannya.
- Hadis riwayat Muslim

TAHUKAH ANDA?

Wasiat Boleh:
1.      Menghalang Pembekuan Harta Pusaka
2.      Mempercepatkan Proses Penyelesaian Pusaka

Faedah - faedah Lain:
·         Perlantikan Amanah Raya sebagai Wasi dan pemegang Amanah
·         Menjamin Penyempurnaan Tanggungan Pusaka - Hutang (Allah & Manusia), Zakat, Haji, Nazar dll.
·         Mengelak Penyelewengan & Persengketaan Ahli-Ahli Waris
·         Membela Mereka Yang Memerlukan seperti Waris Yang Terhalang, Anak Angkat, Mereka Yang Anda Sayangi Tetapi Tiada Dalam Senarai Penerima Faraid
·         Beramal Jariah Melalui Wakaf Harta
·         Melaksanakan Perancangan Pewarisan Perniagaan
·         Dan Banyak Lagi...

Hutang simati


Assalamualaikum.
 
Sedikit jawapan tentang pertanyaan berkenaan hutang simati...
 
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1116

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Sesungguhnya pernah dibawa orang kepada Rasulullah saw. jenazah orang yang mempunyai hutang. 

Lalu sabda baginda,"Adakah dia meninggalkan harta untuk membayar hutangnya?" 

Kalau dikatakan kepada beliau bahawa mayat itu ada meninggalkan harta yang mencukupi untuk pembayar hutangnya, maka mayat itu baginda solatkan. 

Tetapi, kalau tidak, baginda bersabda kepada seorang muslim, "Solatkanlah temanmu itu!" 

Setelah Allah memberikan kemenangan demi kemenangan bagi kaum Muslimin, beliau bersabda, "Aku lebih mengutamakan orang-orang mukmin daripada diri mereka sendiri. Barangsiapa orang yang meninggal dunia, sedangkan ia meninggalkan hutang maka tanggunganku membayarnya. Dan siapa yang meninggalkan warisan, maka warisan itu untuk ahli warisnya."

Leaders

Katakanlah  "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk
ALLAH Tuhan Semesta Alam"
 

LEADERS
Listen to Learn
Emphathize with Emotion
Attend to Aspirations
Diagnose and Detail
Engage for Efficiency
Respond withRespectfilness
Speak with Specificity

As a leader, a person must gained the trust of the group members. TRUST can gained through:

Transparent - totally open? going beyond current requirement or expectation.
Responsible - clearly acting in broader & longer term interest of all.
Uncompromising - total commitment to highest moral positions.
Successful - great result combinibg excellence in all areas with strong values
Temperate - totally care to avoid risks, wild decision and extravagance
 
Don't Judge.  Keep In Mind and You'll be fine...