Monday, 27 October 2014

Renungan masa tua

"RENUNGAN MASA TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg Ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.

Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan khuatir dgn ahli waris, Allah yg akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha.
Nikmatilah hίdυρ ini dgn pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dgn berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah & selalu mengucap syukur, kerana kita tdk tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI !

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia.
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya.

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan --- semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman.
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri.
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada...
dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin.
Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya.
Sedarlah! tatkala  anak sakit, hati ibubapa  terhiris;
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!!
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas...  tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA 

Tuesday, 21 October 2014

Siapakah sahabat anda

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

SAHABAT

Manusia tidak dapat hidup seorang diri, perlu bersosial dan berkomunikasi dengan orang lain. Selain dengan ahli keluarga sendiri dan masyarakat pastinya manusia akan lebih berhubung dengan rakan, teman atau sahabat. Sama ada rakan lama atau baru, dekat atau jauh. Dan ada juga jenis persahabatan secara maya sahaja seperti dalam media sosial ini..

Bersahabat kerana Allah adalah sebaik-baik jenis persahabatan. Akan tetapi, persahabatan kategori ini jugalah semakin pupus lenyap dari muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik, sifat keakuan dan nafsu-nafsi yang menguasai diri manusia. Persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala yang besar.

Allah SWT berfirman;
وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ۖ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا
"Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah lakunya pula adalah melampaui kebenaran." (Al-Kahfi : 28)

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan mati...

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (HR : Al-Hakim)

Ciri-ciri persahabatan kerana Allah ialah:-
1. Kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepada Allah SWT.

2. Banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala.

3. Membantu urusan
keduniaannya yang lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya.

Persahabatan Biasa:
Persahabatan yang tidak ada hubungan dengan persahabatan kerana Allah. Ia persahabatan biasa kerana urusan keduniaan semata-mata.

Persahabatan Yang Tercela:
Bukan sahaja tidak berpahala malah berdosa pula. Kawan yang bersubahat membantunya melakukan kezaliman dan maksiat kepada Allah SWT. Mereka sama-sama bersahabat tetapi sahabat yang menganjur berbuat kemungkaran serta kefasikan. Sebenarnya dalam keadaan ini mereka turut bersahabat dengan syaitan sekaligus, kamceng pula tu!

Walaupun mereka nampak intim dan serasi dalam persahabatan yang penuh mungkar dan keji itu, di akhirat nanti mereka akan saling bermusuhan, bercakaran dan salah-menyalahkan antara satu sama lain. Allah gambarkan suasana itu dalam firman-Nya; “… dan sahabat-sahabat (di dunia dahulu) pada hari itu (hari akhirat) saling bermusuhan antara satu sama lain melainkan orang-orang yang bertaqwa.” (QS Az-Zukhruf: 67)

Seorang yang bersahabat kerana Allah sanggup mengenepikan krisis yang sedang dialaminya demi seorang sahabat. Tetapi jangan pula mengambil kesempatan atas kebaikannya. Tidak kecoh dan mampu simpan rahsia. Menerima dan mendengar nasihat serta pandangan yang diberikan dengan hati terbuka. Nasihat yang diberikan juga amat meyakinkan kamu. Sedia dihubungi bila-bila masa… 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun!

Jauhi sahabat yang mengajak kamu melakukan sesuatu perkara yang kamu sendiri pasti bahawa ia adalah SALAH! Atau yang gemar melakukan sesuatu perkara ikut sesuka hati dia je... sesedap rasa saja! Nanti SUBAHAT!

KESIMPULAN:
Alhamdulillah syukur, kini sentiasa dikelilingi dan dipertemukan oleh Allah dengan sahabat-sahabat yang banyak memberi sokongan dan dorongan serta bantuan dalam kerja-kerja dakwah, semoga persahabatan ini ikhlas kerana Allah, berterusan, berkekalan, kekal, dan menjadi saksi dihadapan allah bahawa kita semua ingin bersama-sama menuju ke syurga. Wallahu 'aklam.

Iqra'